Etika seorang mufti Mufti

Mufti tentunya seorang yang pakar, terbukti pakar dan pernah belajar di universiti dalam mahu di luar negara serta amat mahir dalam bahasa Arab agar mudah dan mampu menterjemah dan mentafsir al-Quran dan Hadith. Sepatutnya mufti yang dilantik itu sesuai dengan bidang pengajiannya di universiti dan mampu menguasai beberapa bahasa terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Seorang mufti haruslah berani melawan arus dan mampu berbeza pendapat dengan umara (pentadbir kerajaan) selagi ia menepati dengan hukum syarak demi menegakkan syariat Islam. Mufti perlulah bersifat bebas tanpa terikat atau bersekutu dengan kerajaan oleh kerana menjaga periuk nasi dan menanti habuan dunia. Sebaliknya pula harus berbeza dengan pembangkang yang anti-kerajaan.

Mufti adalah ulama, iaitu pewaris Nabi, dan perlu amar ma'ruf nahi munkar tanpa takut kepada manusia biasa. Seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri, sesuatu perbuatan yang seolah-olehnya menyamai taraf dengan Allah. Mufti haruslah mengikuti perkembangan pendapat ulama kontemporari dan tidak dikongkong oleh ulama silam semata-mata. Ulama luar negara haruslah dijadikan rujukan, pegangan dan bersilang mazhab dan fikrah.

Mufti mestilah bijaksana, diplomasi dan bijak kompromi dan boleh mengawal situasi apabila berhujah, mampu memberikan dalil-dalai dan nas yang digunakan semasa berhujah semasa berhadapan dengan tentangan masyarakat dan pemerintah sendiri. Mufti mestilah berani setiap ketika untuk membentangkan kertas kerja berlandaskan isu semasa dan gawat. Untuk itu, mufti mestilah berkata benar walaupun pahit. Mereka mestilah muhasabah diri, muhasabah diri dan muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.

Mufti seharusnya mempunyai pemikiran terkini, terbuka luas dengan hubungan intim dengan ulama luar negara yang jauh lebih berkaliber. Sumber rujukan mufti mestilah yang kukuh dan tidak sekadar mengutip sumber kedua, dan meluas, iaitu tidak setakat di kalangan ulama semata-mata tetapi juga umara. Mereka yang pakar dari sesebuah universiti haruslah dihubungi, dirunding, diminta pendapat dan diadakan persidangan yang lebih kerap serta sentiasa membuat kajian demi kajian. Segala maklumat tentang sesuatu perkara hendaklah tidak dikeluarkan secara tergesa-gesa. Sebaliknya ditimbang secara bijaksana dan akuilah adalah orang lain yang lebih bijak dan juga warak.

Kalau dahulu masjid adalah tempat ilmu, tetapi kini berpindah ke universiti. Oleh itu mufti haruslah dekat atau berlegar, berinteraksi dengan mereka yang berada di universiti. Ini kerana universiti adalah institusi ilmu yang paling tinggi.